Trust like an eraser getting smaller and smaller after many mistakes...

"Dear.." Panggilan seorang gadis terhadapku yang kini sukar untuk aku menerimanya lagi...

Ceritanya bermula bila aku mengenali seorang gadis yang berasal dari kampung.... Dia tidaklah secantik bidadari mahu pun primadona.. Namun dia telah berjaya mencuri hati aku yang telah lama keseorangan tiada peneman selepas apa yg terjadi kepada aku kira-kira 2 tahun lalu..

Pada mulanya aku mendekatinya hanyalah sebagai teman biasa sehinggalah pada 14 Fabuari 2012.. Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan terjadi telah berlaku pada waktu itu membuatkan aku berasa bertanggungjawab terhadapnya.. Selepas itu kami menjalani kehidupan seperti mana manusia biasa yang menjalani kehidupan seharian mereka tanpa memikirkan banyak perkara..
Hari demi hari kami tempuhi bersama sehinggalah hati yang berkata hanya teman biasa telah meluahkan bahawasanya dia telah tertawan dengan gadis itu.. Namun bukanlah kerana rupa parasnya apatah lagi susuk tubuhnya tetapi kerana perwatakannya yang dianggap serasi dengan diri aku ini yang serba kekurangan.. Waktu demi waktu diiringi detikan jam disekelilng kami bermacam-macam kami telah lalui dan bermacam-macam kami telah tempuhi sehingglah aku megetahui bahawasanya aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup ku... Tanpa aku sedari wanita yang aku dampingi yang selama ini aku belai adalah kekasih orang..
Aku berasa amat bersalah terhadap pasangannya yang telah bersamanya lebih dari 3 tahun jangka masanya.. Dan tanpa aku sedari mahu pun aku pinta dia telah memilih untuk meninggalkan pasangannya itu untuk terus bersamaku..
Aku tidak dapat untuk berbuat apa-apa apatah lagi untuk menolak cintanya itu kerana aku teramat menyayanginya tanpa aku sedari.. Bermula dari itu kami semakin itim sehinggalah aku mendapat berita bahawa dia masih menjalankan hubungan dengan kekasih lamanya itu.. Tetapi aku tidak menyalahkan dirinya kerana aku sedar aku lah perosak hubungan mereka.. Sejujurnya aku berasa amat kecewa atas perbuatannya itu yang telah mengkhianati kepercayaan ku terhadapnya.. Namun begitu aku tetap memberinya peluang kedua setelah dia meminta maaf atas segala perbuatannya itu.. Siapalah aku untuk tidak memaafkannya sedangkan Allah mengampunkan hambanya.. Kerna bagi ku setiap manusia melakukan kesilapan kerna tiada siapa yang sempurna melainkan Allah Yang Maha Kuasa...
Setelah beberapa bulan purnama,, ikatan kasih sayang yang terjalin semakin utuh dan bagiku tiada siapa yang mampu menandinginya lagi walau pun kami kerap berselisih pendapat.. Pasangan mana yang tidak pernah bertelingkah?? Pastinya semua sama...
Bulan demi bulan,,, minggu demi minggu,, hari demi hari bermacam-macam telah kami tempuhi membuatkan perasaan sayangku terhadapnya tiada tandingnya lagi... Sehinggalah pada suatu hari itu sewaktu kami asyik bermadu asmara datang satu pesanan ringkas yang menyampaikan berita bahawa dia masih berhubung dengan pasangan lamanya itu.. Sumpah demi Allah aku berasa amat kecewa dan terkilat dangan perbuatannya itu..
Tanpa aku lengahkan masa aku pun memaksa untuk dia perkatakan hal yang sebenar dan ternyatalah mereka masih berhubung dan hubungan mereka teramatlah intim... Aku tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah rasa sebakk berada dijiwa yang menguasai diriku,, tidak terjejak lagi bumi nyata disarafku dan secara mendadak api kemarahan mendaki ke sanubariku bagaikan air yang megalir di sungai tanpa ada halangan.. Namun begitu aku mampu mengawalnya walaupun pelbagai kata kesat telah aku laungkan terhadapnya sebagai tanda hilangnya kewarasan aku berfikir buat seketika kerana ini adalah kali kedua dia berbuat demikian...
Walaubagaimana pun aku masih sedar bahawa siapalah aku untuk tidak memaafkan orang lain kerana itu adalah didikan dari orang tua ku sejak aku bergelar kanak-kanak.. Aku memaafkan perbuatannya itu tanpa ada syak wasangka dengan harapan selepas ini dia tidak berbuat demikian lagi kerna dia juga telah bersumpah dan berjanji untuk tidak megulanginya lagi... Aku juga berdoa dia akan berubah kerna aku khuatir kesabaran ku hilang bila dia kerap melakukan hal yang sama berulang kali...
Setelah beberapa lama selepas itu perbezaan telah pun dinyatakan dalam dirinya.. Kepercayaan aku telah kembali kepadanya semula akan tetapi tidak seperti kepercayaan ku terhadapnya dahulu.. Kami menerusakan  kehidupan kami tanpa ada rasa jemu dan tanpa ada prasangka...
Sehingga saat bisikan kebenaran telah kedengaran di lorong telinga sehingga meresap ke dalam minda ku yang amat aku sayangi.. Bisikan itu aku pasti dari Yang Maha Kuasa kerana sahabatku pernah berkata bahawa Allah akan berbisik kepada orang yang teranaiya dan orang yang dibohongi.. Tanpa segan silu dan sifat ingin tahu ku yang membuak-buak seperti gunung berapi yang sedang meletus untuk mengetahui adakah perkara itu benar.. Pelbagai cara telah aku rancang untuk menggali lubang kebenaran yang telah di tutupi oleh ayat-ayat manisnya sehinggakan aku lalai....
Ternyata apa yang disampaikan terhadapku adalah benar belaka.. Dia menduakan aku tetapi bukan dengan kekasih lamanya untuk kali ini akan tetapi dengan sepupunya sendiri... Dan sebenarnya mereka telah menjalinkan hubungan lebih 3 tahun dan kononya dia bersama lelaki itu hanyalah untuk duit semata-mata namun tidak aku percayai... Aku hanya kaku dan terdiam menjadi merpati patah sayapnya... Aku hanya mampu mengalah dan menarik diri untuk kali ini... Aku berasakan bahawa selama ini kau hanyalah bertepuk sebelah tangan tanpa ada balasan darinya... Aku buta.... Aku mudah tertipu dangan kata-kata manisnya... Aku sudah penat untuk mengalah dan terlalu sukar untuk mempercayainya lagi...
Tetapi aku juga tidak boleh menipu diri ku yang aku amat menyayanginya dan amat menyintainya sehinggakan perasaan ini tidak pernah aku merasai dengan mana-mana pasangan ku dahulu... Aku telah membuat keputusan untuk mengundur diri bagi memberinya ruang untuk membuat keputusan... Apa yang aku harapkan jikalau dia benar-benar menyayangiku dia akan mencari aku walau dimana pun keberadaan ku... Aku mengharapakan dia datang dengan penyesalan yang besar dalam dirinya..datang melutut kepadaku dan meminta maaf dengan kesilapannya.... Dia tidak menyedari bahawa bertapa aku menyayanginya dan tidak pernah aku mengkhianati cinta ku terhadapnya... Tetapi mengapa dia yang berbuat demikian... aku sedar aku tridak mempunyai apa-apa... Aku miskin dan tidak berupa... Aku sedar... Terlalu banyak aku mengalah terhadapnya tetapi tidak untuk kali ini.... Aku boleh bersamamu lagi tetapi sukar untuk aku berikan kepercayaan aku kembali.... Kerana kaulah yang membuatkan aku begini... Maafkan aku....

*akan bersambung.....